Kemajuan yang berlaku dalam dunia perikanan kini amat
mengagumkan, dengan gewang yang
kelihatan seperti umpan hidup dan boleh bergerak dengan sendirinya, tetapi dengan
mata kail, pemberat dan pelampung berumpankan cacing, anak ikan atau cengkerik
boleh menangkap ikan lebih banyak. Satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh
pemancing baru ialah menggunakan alatan memancing yang kurang sesuai, seperti
mata kail yang terlalu besar atau batu ladung yang terlalu berat. Keadaan ini menyebabkan persembahan umpan yang
tidak normal, malah mengurangkan keupayaan untuk mengesan ketika umpan disambar
ikan. Cara yang terbaik adalah dengan memilih alatan memancing yang ringan dan
sesuai dengan keadaan dan spesis ikan.
Sunday, 28 February 2016
Friday, 26 February 2016
Apa itu Memancing
Memancing (atau mengail) ialah menangkap ikan, air tawar atau air masin, dan lain-lain dengan pancing. Memancing merupakan satu cara untuk mendapatkan makanan bagi kelangsungan hidup.
Dalam bentuknya yang paling asas, memancing adalah melontar tali pancing dan menarik ikan setelah ia memakan umpan. Ia kedengaran sangat senang dan mudah, tetapi, sepanjang sejarah memancing, berbagai disiplin muncul yang menentukan keadaan memancing yang spesifik dan jenis ikan yang dipancing. Setiap variasi memancing ini mempunyai ciri yang unik dari segi kelengkapan memancing, kepandaian, dan kemahiran teknikal yang digunapakai.
Labels:
memancing
Thursday, 25 February 2016
Mengapa Memancing?
Memancing merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan santai. Walaupun melalui hari yang mengecewakan ketika memancing, ia masih tidak seburuk ketika di pejabat atau di rumah. Sebab yang biasa diberikan oleh pemancing adalah keseronokan. Memancing juga memberi peluang untuk memperbaiki semangat diri dengan menguasai kemahiran memancing dan mencapai sasaran peribadi seperti mendaratkan kelah seberat 10kg.
Labels:
memancing
Wednesday, 24 February 2016
Kelengkapan Asas Memancing
Alatan memancing ialah peralatan yang
digunakan oleh pemancing ketika
memancing. Hampir kesemua kelengkapan memancing disebut alatan memancing. Ia
seperti mata kail, tali pancing, batu ladung, pelampung, joran, kekili, umpan
dan kotak alatan. Kelengkapan yang bersambung pada hujung tali pancing disebut
alatan terminal. Alatan ini termasuk mata kail, perambut, swivel, batu ladung,
pelampung dan sebagainya.
Mata Kail
Mata kail boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ia perlu dipastikan tajam untuk lebih efektif. Jika anda mahu melepaskan tangkapan dengan mudah, luruskan cangkuk kecil dibahagian dalam mata kail itu. Pilih saiz mata kail yang sesuai dengan jenis ikan yang ingin ditangkap, dan jenis umpan yang digunakan.
Labels:
asas memancing
Subscribe to:
Posts (Atom)