Sunday, 28 February 2016

Mata Kail Dan Jenisnya.



hook


Kemajuan yang berlaku dalam dunia perikanan kini amat mengagumkan, dengan  gewang yang kelihatan seperti umpan hidup dan boleh bergerak dengan sendirinya, tetapi dengan mata kail, pemberat dan pelampung berumpankan cacing, anak ikan atau cengkerik boleh menangkap ikan lebih banyak. Satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemancing baru ialah menggunakan alatan memancing yang kurang sesuai, seperti mata kail yang terlalu besar atau batu ladung yang terlalu berat.  Keadaan ini menyebabkan persembahan umpan yang tidak normal, malah mengurangkan keupayaan untuk mengesan ketika umpan disambar ikan. Cara yang terbaik adalah dengan memilih alatan memancing yang ringan dan sesuai dengan keadaan dan spesis ikan.



Sebagai panduan, gunalah mata kail yang kecil dan sesuai. Mata kail yang kecil membolehkan umpan hidup yang digunakan kelihatan normal dan meyakinkan. Ia juga memudahkan penembusan kail ketika ikan menyambar umpan. Ketajaman mata kail perlu diperiksa dengan kerap. Cara yang mudah untuk memeriksa ketajaman mata kail dengan melalukan hujung mata kail pada kuku, jika mata kail tajam ia akan meninggalkan calar dan terbenam ke dalam kuku. Jika tumpul, ia akan meluncur dengan mudah. Mata kail menjadi tumpul disebabkan geseran dengan batu dalam air. Opsyen yang lain adalah dengan membeli mata kail yang ditajamkan dengan bahan kimia.



Saiz mata kail


Pemilihan mata kail yang sesuai agak mengelirukan kerana tiada standard dalam menentukan saiz mata kail. Secara amnya, apabila sistem satu nombor digunakan seperti saiz 8 berbanding saiz 5, semakin besar nombor semakin kecil mata kail.



Anatomi mata kail

hook anatomy
struktur mata kail (sumber)


Jenis mata kail yang popular


aberdeen hook



Aberdeen


Mata kail yang halus dan panjang ini sesuai digunakan bersama pelampung. Ia mengurangkan kadar kecederaan pada umpan ikan kecil seperti seluang dan tahan lebih lama dimata kail. Ia juga menyenangkan pemancing menanggalkan  mata kail dari ikan yang mahu menelan umpan.



bait holder hook



Bait Holder


Mata kail jenis ini popular kepada pemancing umpan hidup, dengan tambahan cangkuk pada belakang teras ia memegang umpan dengan efektif, seperti cacing, lintah dan cengkerik.



circle hook



Circle


Mata kail jenis ini popular kepada pemancing tangkap lepas. Ketika ikan memakan umpan, sudut hadapan yang bengkok pada mata kail akan meluncur dalam mulut ikan dan sangkut pada sudut mulut atau rahang tepi. Dengan hanya memastikan tali pancing tegang dan mata kail akan tersangkut pada ikan ketika ikan melarikan umpan. Kadar sangkutan pada mulut ikan adalah 95% dan ia mengurangkan kadar kecederaan pada ikan, membolehkan ia hidup dan berlawan semula.





Egg


Biasanya disebut salmon egg hook, direka dengan lubang mata kail keatas dan luyut yang keluar,  menjadikan mata kail terbuka keatas serta terdapat cangkuk pada teras untuk menahan umpan. Mata ini digunakan untuk ikan yang bergerak mengikut arus dengan menggunakan umpan asli.






Octopus


The extra gap and rounded shape of Octopus hooks are very popular and used for most species of fish. The Octopus is ideal for rigging cut bait for Catfish or Salmon, minnows for Bass, Pike and Walleyes and are good choice for building crawler harnesses. They are available in a assortment of painted or metallic colors.

Mata kail dengan jurang yang lebih besar dan berbentuk bulat, ini sangat popular digunakan dengan meluas bagi semua jenis ikan. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna.






Treble


Mata kail ini merupakan satu mata kail hasil gabungan dari 3 mata kail yang sama saiz dan jenis.  Ia digunakan secara meluas pada umpan artifisial dan dipasang bersama split ring.


weedless hook



Weedless


Mata kail ini mempunyai dawai halus pada teras yang membentuk gelung yang melindungi mata hujung. Ini membolehkan mata kail ini digunakan dikawasan paya, pokok, tunggul kayu, berbatu dan berteratai. Dawai halus akan kebawah ketika ikan menyambar umpan dan mendedahkan mata hujung.


worm hook



Offset/Worm


Mata kail ini biasanya digunakan pada umpan plastik. Lengkungan di hadapan mata kail berfungsi sebagai penahan bagi umpan plastik seperti cacing atau cicak dari bergerak ke hujung mata. Masukkan mata kail pada kepala umpan plastik kira-kira ¼ inci. Keluarkan hujung mata dari umpan plastik, tarik umpan plastik ke lubang mata kail. Luruskan mata kail dan masukkan hujung mata ke dalam badan umpan plastik. Sesuaikan kedudukan hujung mata pada umpan.

(sumber)