Thursday, 25 February 2016

Mengapa Memancing?


kawan mengail


Memancing merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan santai. Walaupun melalui hari yang mengecewakan ketika memancing, ia masih tidak seburuk ketika di pejabat atau di rumah. Sebab yang biasa diberikan oleh pemancing adalah keseronokan. Memancing juga memberi peluang untuk memperbaiki semangat diri dengan menguasai kemahiran memancing dan mencapai sasaran peribadi seperti mendaratkan kelah seberat 10kg

Memancing adalah kemahiran seumur hidup dan boleh dilakukan setiap peringkat umur. Aktiviti ini juga boleh menjadi salah satu sumber makanan. Ikan yang hidup bebas dan liar ini rendah lemak dan kolesterol serta tinggi proteinnya. Malah, ia lebih mencabar untuk mendapatkan sepinggan hidangan ikan segar dengan memancing, daripada berjalan dengan lenggang di pasar membeli ikan. 

Jika ditanya kebanyakan pemancing mengapa mereka menghabiskan masa dengan aktiviti luar ini, dan anda mungkin mendapat jawapan “kebebasan”. Menikmati masa dengan casting di anak sungai bukit yang sejuk atau memancing di kolam, membantu anda melepaskan tekanan dari aktiviti seharian. Sebagai kesimpulannya, memancing adalah baik untuk anda.