Alatan memancing ialah peralatan yang
digunakan oleh pemancing ketika
memancing. Hampir kesemua kelengkapan memancing disebut alatan memancing. Ia
seperti mata kail, tali pancing, batu ladung, pelampung, joran, kekili, umpan
dan kotak alatan. Kelengkapan yang bersambung pada hujung tali pancing disebut
alatan terminal. Alatan ini termasuk mata kail, perambut, swivel, batu ladung,
pelampung dan sebagainya.
Mata Kail
Mata kail boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ia perlu dipastikan tajam untuk lebih efektif. Jika anda mahu melepaskan tangkapan dengan mudah, luruskan cangkuk kecil dibahagian dalam mata kail itu. Pilih saiz mata kail yang sesuai dengan jenis ikan yang ingin ditangkap, dan jenis umpan yang digunakan.
Tali pancing
Tali pancing yang dijual dipasaran terdapat pelbagai jenis dan warna. Ia didapati dengan tertulis kekuatan tali dan saiznya. Lebih besar nombornya, maka lebih kuat tali tersebut. Sesuaikan tali pancing anda dengan joran, dan keupayaan kekili serta jenis ikan yang menjadi sasaran. Dengan menggunakan tali yang lebih berat atau besar saiznya dari yang diperlukan, kemungkinan ia boleh mengurangkan peluang untuk mendapat ikan, kerana tali dapat dilihat oleh ikan.
Batu Ladung
Batu ladung adalah pemberat yang digunakan untuk melempar umpan, membawa umpan ke dasar, menetapkan umpan pada tempatnya, atau meletakkan pelampung dengan betul. Ia direka dalam pelbagai bentuk dan saiz, dan digunakan dalam bermacam-macam jenis teknik memancing.
Pelampung
Pelampung digunakan untuk tiga sebab. Pertama, ia memastikan umpan terletak pada tempatnya. Kedua, memastikan umpan tidak jatuh ke dasar. Ketiga, memberi petunjuk samada umpan sedang digigit atau sudah mendapat ikan. Pelampung juga datang dengan pelbagai bentuk dan saiz. Kebanyakan pelampung berspring dan disambungkan pada tali pancing dengan menggunakan klip. Sebahagiannya diikat terus pada tali pancing atau dengan memasukkan tali pancing melaluinya.
Pelampung digunakan untuk tiga sebab. Pertama, ia memastikan umpan terletak pada tempatnya. Kedua, memastikan umpan tidak jatuh ke dasar. Ketiga, memberi petunjuk samada umpan sedang digigit atau sudah mendapat ikan. Pelampung juga datang dengan pelbagai bentuk dan saiz. Kebanyakan pelampung berspring dan disambungkan pada tali pancing dengan menggunakan klip. Sebahagiannya diikat terus pada tali pancing atau dengan memasukkan tali pancing melaluinya.
Joran
Joran adalah batang pancing dan boleh didapati dalam pelbagai saiz dan jenis. Setiap jenis mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pemilihan joran terletak pada kehendak individu. Anda boleh sahaja memancing dengan hanya menggunakan kayu dan tali atau joran dan kekili. Joran yang paling mudah dan senang dibuat adalah joran buluh. Joran akan diulas dengan lebih lanjut pada bahagiannya.
Kekili
Kekili adalah alat penggulung tali pancing. Kekili merupakan alat mekanikal yang diletakkan pada hujung joran anda. Ia menyimpan tali pancing mengikut kuantiti yang sesuai. Kekili membolehkan anda melempar umpan sejauh yang mungkin. Ia memudahkan anda mendapatkan umpan kembali, memancing di air yang dalam, dan menaikkan ikan yang besar. Kekili akan diulas dengan lebih lanjut pada bahagiannya.
Umpan Asli
Pemancing kebiasaannya menggunakan
mangsa atau makanan ikan yang mahu ditangkap sebagai penarik, atau lebih kenali
sebagai umpan. Umpan asli boleh digunakan samada hidup atau mati. Umpan asli
yang biasa digunakan adalah ikan kecil, cacing, udang, katak, lintah, cengkerik
dan berbagai lagi. Ia lebih efektif kerana bentuk, bau dan warnanya yang asli.
Cacing tanah merupakan umpan universal
bagi pemancing air tawar. Dalam mencari cacing yang berkualiti, kadangkala pemancing
mencarinya di tempat mereka memancing. Belalang, lalat, cengkerik, malah
kerengga juga menjadi umpan pilihan pemancing. Umpan ikan atau udang lebih
menjadi pilihan dan lebih diterima. Setiap ikan mempunyai umpan asli yang
tersendiri, maka umpan asli yang disediakan perlulah mengikut selera ikan
sasaran.
Umpan bancuhan, seperti umpan
dedak, juga berkesan kepada ikan, seperti ikan patin. Contohnya, kebanyakan
sungai terdapat ikan tilapia mahupun patin, kadangkala roti menjadi pilihan
ikan-ikan ini. Umpan roti sangat mudah digunapakai, dengan hanya secubit roti
sebesar ibu jari, dibasahkan sedikit, dan dikepal bentuk bola pada mata kail.
Umpan tiruan
Kebanyakkan pemancing lebih
memilih untuk memancing hanya dengan menggunakan gewang, iaitu umpan artifisial
yang direka untuk menggoda ikan menyambar. Ada yang bentuknya seakan-akan umpan sebenar,
ade juga yang langsung tidak ada persamaan. Cara penggunaan gewang perlulah
betul supaya penyampaian atau persembahan gewang menggoda ikan. Pemancing juga
menggunakan umpan plastik seperti cacing
plastik yang lembut.