Sunday 28 February 2016

Mata Kail Dan Jenisnya.



hook


Kemajuan yang berlaku dalam dunia perikanan kini amat mengagumkan, dengan  gewang yang kelihatan seperti umpan hidup dan boleh bergerak dengan sendirinya, tetapi dengan mata kail, pemberat dan pelampung berumpankan cacing, anak ikan atau cengkerik boleh menangkap ikan lebih banyak. Satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemancing baru ialah menggunakan alatan memancing yang kurang sesuai, seperti mata kail yang terlalu besar atau batu ladung yang terlalu berat.  Keadaan ini menyebabkan persembahan umpan yang tidak normal, malah mengurangkan keupayaan untuk mengesan ketika umpan disambar ikan. Cara yang terbaik adalah dengan memilih alatan memancing yang ringan dan sesuai dengan keadaan dan spesis ikan.

Friday 26 February 2016

Apa itu Memancing

mengail


Memancing (atau mengail) ialah menangkap ikan, air tawar atau air masin, dan lain-lain dengan pancing. Memancing merupakan satu cara untuk mendapatkan makanan bagi kelangsungan hidup.

Dalam bentuknya yang paling asas, memancing adalah melontar tali pancing dan menarik ikan setelah ia memakan umpan. Ia kedengaran sangat senang dan mudah, tetapi, sepanjang sejarah memancing, berbagai disiplin muncul yang menentukan keadaan memancing yang spesifik dan jenis ikan yang dipancing. Setiap variasi memancing ini mempunyai ciri yang unik dari segi kelengkapan memancing, kepandaian, dan kemahiran teknikal yang digunapakai.

Thursday 25 February 2016

Mengapa Memancing?


kawan mengail


Memancing merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan santai. Walaupun melalui hari yang mengecewakan ketika memancing, ia masih tidak seburuk ketika di pejabat atau di rumah. Sebab yang biasa diberikan oleh pemancing adalah keseronokan. Memancing juga memberi peluang untuk memperbaiki semangat diri dengan menguasai kemahiran memancing dan mencapai sasaran peribadi seperti mendaratkan kelah seberat 10kg

Wednesday 24 February 2016

Kelengkapan Asas Memancing



Alatan memancing ialah peralatan yang digunakan oleh pemancing  ketika memancing. Hampir kesemua kelengkapan memancing disebut alatan memancing. Ia seperti mata kail, tali pancing, batu ladung, pelampung, joran, kekili, umpan dan kotak alatan. Kelengkapan yang bersambung pada hujung tali pancing disebut alatan terminal. Alatan ini termasuk mata kail, perambut, swivel, batu ladung, pelampung dan sebagainya.




Mata Kail

Mata kail boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ia perlu dipastikan tajam untuk lebih efektif. Jika anda mahu melepaskan tangkapan dengan mudah, luruskan cangkuk kecil dibahagian dalam mata kail itu. Pilih saiz mata kail yang sesuai dengan jenis ikan yang ingin ditangkap, dan jenis umpan yang digunakan.